Friday 1 July 2011

Sahabatku Sedang Sakit

Assalamualikum wbt...

Alhamdulillah diriku masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah SWT ini..betapa besarnya nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT kepadaku....

Teringat pada sahabat yang boleh dikatakan akrab dengan ku yang kini menghidapi penyakit barah dan sedang menjalani rawatan kimoterapi dihospital...Subahanallah sungguh besar ujian yang diterima olehnya...aku sangat sedih mendengar berita tentang penyakit yang dihidapinya....sewaktu masih menuntut dahulu kami selalu bersama2 pergi ke kelas, bersiar dan belajar bersama-sama...boleh dikatakan kami tidak lah bergitu rapat dan bergitu baik tetapi aku seronok berkawan dengannya.. dia seorang yang pemurah..selalu sahaja menghantar makanan ke bilik ku..kami juga selalu menonton cerita bersama2 di bilik ku...

kini dia telantar dihospital dan aku pula belum sempat melawatnya..zalimnya aku sebagai sahabatnya..aku juga tidak menelefon nya..bukan apa, aku takut sekiranya aku akn menyebabkan dia bersedih....

Aku doakan dia cepat sembuh dan kembali ceria..walaupun kami bukanlah kawan rapat tapi banyak kenangan aku bersama2 dengannya semasa di UPM...

Wallahualam..

Sabda Baginda s.a.w : "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat". (hr Bukhari) Semoga dirimu cepat sembuh sahabatku.....


No comments:

Post a Comment